PBSD Bachok Bersama MBJ Bachok Hargai Golongan Asnaf

BACHOK, 26 Januari 2026 – Majlis perasmian penyampaian bantuan kelengkapan persekolahan sempena Program Generasi MADANI: Jom Ke Sekolah Peringkat Daerah Bachok bagi Tahun 2026 telah diadakan dengan jayanya pada 17 Januari 2026 yang lalu bertempat di Dewan Beyond Arena, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok.

Program ini dikelolakan oleh Majlis Belia Jajahan Bachok dengan kerjasama Yayasan Taqwa, sebagai salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu murid-murid daripada golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada pendidikan akibat kekangan kewangan. Melalui pelaksanaan program ini, para murid penerima telah dibekalkan dengan kelengkapan persekolahan lengkap merangkumi keperluan asas sekolah bagi membolehkan mereka memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih selesa dan bersedia.

Majlis turut dihadiri oleh Puan Azma binti Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bachok yang menyatakan bahawa program seumpama ini amat bertepatan dengan usaha memperkasa kebajikan pendidikan di peringkat akar umbi serta menyokong pembangunan sahsiah dan jati diri generasi muda.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan kerjasama strategik antara pertubuhan belia, badan kebajikan dan agensi kerajaan dalam memastikan kebajikan pendidikan anak-anak di daerah Bachok terus terpelihara demi melahirkan generasi berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan Oleh:
Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search