- JBS Kelantan
- Hits: 16
The Biggest Loser Meriahkan Sukan@Selasa JBSNK
- JBS Kelantan
- Hits: 16
KOTA BHARU, 24 Februari 2026 – Program The Biggest Loser anjuran Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan secara rasmi membuka tirai hari ini menerusi sesi timbangan awal yang berlangsung di Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Program yang dianjurkan sempena inisiatif Sukan@Selasa JBSNK ini bertujuan menggalakkan warga jabatan mencapai berat badan ideal melalui amalan gaya hidup sihat dan aktif. Sesi timbangan akhir dijadualkan berlangsung pada 17 Mac 2026, sekali gus menandakan tempoh tiga minggu cabaran penurunan berat badan.
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai kepada kakitangan yang berjaya mencatat penurunan berat badan paling banyak bagi kategori lelaki dan wanita. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan budaya bersukan dalam kalangan warga kerja, malah menjadi platform sokongan bersama dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan.
Program ini melibatkan penyertaan menyeluruh daripada semua pegawai dan kakitangan Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu. Turut mengambil bahagian ialah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang menunjukkan komitmen pihak pengurusan tertinggi dalam menyokong amalan gaya hidup sihat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
