PBSD Jeli Turut Raikan Majlis Perpisahan Puan Rafizamasturi Binti Zakaria, Ketua Pembantu Tadbir, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan

JELI, 19 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Perpisahan bagi meraikan Puan Rafizamasturi binti Zakaria, Ketua Pembantu Tadbir jabatan sempena pertukaran beliau ke Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak.

Majlis yang berlangsung di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 15 Februari 2026 itu diadakan dalam suasana penuh penghargaan dan rasa terima kasih atas segala jasa dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.

Sepanjang berkhidmat sebagai Ketua Pembantu Tadbir, Puan Rafizamasturi telah mempamerkan komitmen yang tinggi, sikap profesional serta dedikasi dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran jabatan. Beliau juga dikenali sebagai seorang pegawai yang sentiasa bekerjasama dan komited dalam melaksanakan amanah yang diberikan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Supian bin Hassan yang mewakili Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jeli bagi menyampaikan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan dan penghargaan atas khidmat bakti Puan Rafizamasturi.

Pihak PBSD Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala sumbangan yang telah dicurahkan dan mendoakan agar Puan Rafizamasturi terus cemerlang serta berjaya dalam menjalankan tanggungjawab baharu di Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kemasin Semerak.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 24-02-2026, 15:46:21

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search