- JBS Kelantan
- Hits: 41
Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan Di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)
- JBS Kelantan
- Hits: 41
RANTAU PANJANG, 23 Februari 2026 – Satu sesi perbincangan bagi pelaksanaan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan di Masjid Jamek Jubli Perak Sultan Ismail Petra Masjid Beijing Rantau Panjang hari ini.
Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda bersama Pegawai Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Imam Tua Masjid Ustaz Armin Zaharin bin Mamat bersama jawatankuasa masjid serta sekretariat Rakan Muda bagi menyelaras gerak kerja dan pengisian program yang bakal dilaksanakan Pada 12 Mac 2026 bersamaan 22 Ramadan 1447H.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk cadangan aktiviti pengimarahan masjid seperti Khatam dan Tadarus Al-Quran, Pertandingan Azan, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Tulisan Khat, edaran juadah bubur lambuk, program kebajikan komuniti serta penglibatan belia sebagai sukarelawan dalam pengurusan aktiviti masjid. Program ini bertujuan memperkukuh peranan belia sebagai agen pembangunan komuniti dan menggalakkan penyertaan aktif mereka dalam aktiviti keagamaan.
Selain itu, aspek logistik, penjadualan, pembahagian tugas jawatankuasa serta strategi promosi turut diperhalusi bagi memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan memberi impak menyeluruh kepada masyarakat setempat.
Penganjuran program di peringkat negeri ini diharap dapat menjadi platform memperkasa belia Rakan Muda agar lebih dekat dengan institusi masjid, sekali gus menyemarakkan semangat Ramadan melalui pendekatan kesukarelawanan dan kepimpinan belia.
Turut hadir Encik Mazlan bin Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas bersama Kakitangan serta Encik Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif #RakanMasjid
#RakanRamadan
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
