PBSD Jeli Jadi Juri Pesta Sukan Sekolah (PESKO) Maahad Raudah An- Nazirin, Kuala Balah

JELI 12 Februari 2026- Sekolah Menengah Maahad Raudah An -Nazirin, Jerimbong, Kuala Balah telah menganjurkan Pesta Sukan Sekolah (PESKO) pada 11 Februari 2026 bertempat di Padang Awan Kg Bukit Jering, Kuala Balah, Jeli.

Pelbagai acara sukan telah di adakan bagi memeriahkan Pesta tersebut yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang.

Objektif Pesta Sukan tersebut diadakan adalah untuk mencungkil bakat baru bagi mewakili sekolah tersebut ke peringkat yang lebih tinggi di samping mengerat silaturtahim antara pelajar, guru-guru dan pentadbir sekolah.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli telah dijemput hadir sebagai Juri bagi beberapa acara sampingan sukan tersebut seperti Pertandingan Khemah Terbaik, Gubahan Hamper Terbaik dan Perbarisan Rumah Sukan Terbaik.

Majlis Perasmian Penutup telah disempunakan oleh YB. Dato’ Abdul Hadi Bin Awamg Kechil, ADUN Kuala Balah, turut hadir YBrs Ustaz Ahamad bin Yusuf, Mudir Maahad An-Nazirin,YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli dan YBrs En Mohamad bin Daud, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jeli.

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search