Bengkel Tadbir Urus (BTU) Menekankan Aspek Tadbir Urus Pertubuhan Belia

KOTA BHARU, 12 FEBRUARI 2026 – Tadbir urus dalam sesebuah pertubuhan belia sangat penting bagi memastikan pengurusan berjalan dengan baik dan mengelakkan isu-isu yang berbangkit dalam pertubuhan agar dapat ditangani dengan jujur, adil dan saksama. Antara tadbir urus yang perlu dilakukan dengan baik ialah pelaksanaan mesyuarat agung tahunan dan laporan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD).

Selaras dengan itu, satu Bengkel Tadbir Urus (BTU) Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan 2026 Secara Dalam Talian telah dianjurkan oleh pihak Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur yang melibatkan pegawai-pegawai belia dan sukan negeri dan daerah serta barisan jawatankuasa tertinggi pertubuhan-pertubuhan belia yang berdaftar di negeri Kelantan dan Terengganu. BTU ini telah diadakan pada 12 Februari 2026 secara atas talian dengan kehadiran seramai hampir 160 orang.

Taklimat Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) ini telah disampaikan oleh Puan Hasliza binti Mohd Zin, Pegawai Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur. Selain itu, pengisian program BTU ini turut diselitkan dengan taklimat berkaitan Malaysia Madani yang telah disampaikan oleh Encik Kamarulzaidi bin Md Zin dari Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Negeri Terengganu, taklimat Penarafan Bintang yang disampaikan oleh Encik Muhammad Mohsien bin Jamaluddin, Penolong Pegawai Daftar Kanan, Unit Pengurusan MYKD & Penarafan Bintang Cawangan Penyelarasan dan Pemantauan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia KBS dan taklimat Dana Rakan Muda dan Bantuan Program Bukan Profail 2026 oleh Puan Mardiah, Penolong Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda Negeri Terengganu.

Turut hadir dalam sesi ini ialah barisan pegawai Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search