Program Rakan Prihatin : Sinergi Rakan Muda Meriah Di Negeri Kelantan

Kota Bharu, 16 FEBRUARI 2026 – Program Rakan Prihatin Sinergi Rakan Muda Peringkat Negeri Kelantan berjaya dianjurkan di Dewan Wawasan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, dengan penyertaan pelajar Sekreteriat Rakan Muda dan wakil belia daripada IKTBN Bachok, IKTBN Tanah Merah, ADTECH Kampus Kota Bharu, Poly-Tech MARA Kota Bharu, Kolej UNITI Kota Bharu, Politeknik Kota Bharu, serta Kelab Rakan Muda seluruh negeri Kelantan. Program ini adalah inisiatif daripada Bahagian Rakan Muda, JBSN Kelantan, bagi mempromosi program Rakan Muda ke peringkat akar umbi dan memperkukuh semangat keprihatinan dalam kalangan belia.

Program ini telah dirasmikan oleh En.Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBS Kelantan.Turut hadir Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, dan Puan Nadia binti Mat Isa, Pengasas Yaya Nadia Empire. Pengisian program merangkumi sesi Yaya Empire, di mana pengasas berkongsi kejayaan beliau dalam perniagaan perfume, serta Taklimat Dana Rakan Muda dan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, yang disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Rakan Muda, JBS Kelantan. Peserta juga turut diselitkan pendedahan awal digital melalui Program Rakan Digital - content creator dan rakan niaga - usahawan.

Program turut dimeriahkan dengan Gaya Hidup Rakan Muzik, menampilkan persembahan artis tempatan seperti Adam ZBP, Trio Latah, Zaki Yamani, Afiq Shazwan, dan Azmani menjadikan suasana lebih meriah dan interaktif bagi peserta.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan merakamkan ucapan terima kasih kepada semua hampir 400 peserta, pengisi program, serta artis yang terlibat. Pihak penganjur berharap segala ilmu, pengalaman, dan inspirasi yang dikongsikan dapat memotivasikan belia untuk terus aktif, prihatin, serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search