- JBS Kelantan
- Hits: 22
Pecutan Remaja : Belia Gua Musang Teroka Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM)
- JBS Kelantan
- Hits: 22
GUA MUSANG, 16 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah dijemput bagi melaksanakan Sesi Taklimat Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda bertempat di Bilik Mesyuarat Wisma Persekutuan Gua Musang, Gua Musang dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang.
Taklimat disampaikan oleh Puan Asnita binti Azmi, Pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini bersama pemimpin belia yang terdiri daripada guru sekolah sekitar daerah Gua Musang, bagi memberi penerangan terperinci mengenai konsep, syarat penyertaan serta kaedah pelaksanaan ARPRM yang merangkumi empat komponen utama iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Ekspedisi Lasak.
Turut hadir ialah En Shahabuddin bin Haji Deraman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Gua Musang bersama pegawai dan kakitangan pejabat daerah sebagai tanda sokongan terhadap pelaksanaan program pembangunan belia di peringkat daerah.
Sesi taklimat turut membuka ruang soal jawab bagi membantu guru sekolah memahami peranan mereka sebagai pemimpin belia dalam membimbing peserta sepanjang tempoh pelaksanaan program. Penganjuran ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan untuk memperluas penyertaan belia dalam ARPRM, seterusnya melahirkan generasi muda yang aktif, berdaya saing dan berintegriti.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
