- JBS Kelantan
- Hits: 21
Kunjung Hormat Sekretariat Rakan Muda ADTEC JTM Kampus Kota Bharu Ke Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 21
KOTA BHARU,16 Februari 2026 – Sekretariat Rakan Muda ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sebagai usaha memperkukuh kerjasama strategik dalam memperkasa pembangunan belia di negeri ini.
Delegasi telah disambut oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda.
Sekretariat Rakan Muda ADTEC JTM Kampus Kota Bharu telah diketuai oleh Encik Kamarul Anuar bin Haron selaku wakil ADTEC JTM Kampus Kota Bharu bersama barisan jawatankuasa yang lain. Sesi perbincangan memberi fokus kepada hala tuju gerak kerja Rakan Muda, perancangan program serta penglibatan aktif belia di peringkat daerah dan negeri.
Pihak jabatan turut memberikan panduan dan sokongan dalam memastikan setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan tersusun dan memberi impak positif kepada golongan belia.
Kunjung hormat ini diharap menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam melahirkan belia yang aktif, berdaya saing dan berintegriti. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik hubungan erat yang terjalin.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
