- JBS Kelantan
- Hits: 19
Kunjungan Hormat NGO Belia Tumpat Perkukuh Jalinan Kerjasama Strategik
- JBS Kelantan
- Hits: 19
TUMPAT, 16 Februari 2026 – Satu kunjungan hormat telah diadakan oleh wakil NGO Belia Tumpat iaitu Kelab Belia Wira Berjaya (Wijaya) pada 15 Februari 2026 ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tumpat sebagai usaha memperkukuh hubungan kerjasama serta membincangkan inisiatif pembangunan belia di daerah ini.
Wakil Kelab Wijaya yang diketuai oleh Muhammad Hafizuddin bin Rani bersama barisan jawatankuasa telah disambut oleh Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan kakitangan PBSD Tumpat.
Pertemuan tersebut bertujuan untuk membincangkan perancangan program belia, sukan serta peluang kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.
Antara perkara yang dibincangkan termasuklah cadangan penganjuran program belia dan sukan di daerah ini. Kedua-dua pihak turut bersetuju untuk memperkukuh komunikasi dan kerjasama berterusan demi pembangunan belia Tumpat secara menyeluruh.
PBSD Tumpat sentiasa akan memberi komitmen untuk terus menyokong penglibatan NGO dalam pelaksanaan aktiviti.
Kunjungan hormat ini diharapkan dapat menjadi titik permulaan kepada jalinan kerjasama yang lebih erat dan berkesan pada masa akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
