- JBS Kelantan
- Hits: 22
Kunjungan Hormat Pengarah MOTAC Kelantan Ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 22
KOTA BHARU, 16 Februari 2026 – Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Kelantan, Pn. Nor Aliza binti Baharuddin bersama deligasinya telah mengadakan kunjung hormat kepada En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam usaha memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua agensi.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana mesra itu memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan penganjuran Program Kelantan International Ride & Fun Festival 2026 serta maklumat berkaitan permohonan Geran Padanan Sukan.
Program berimpak tinggi ini dijangka menjadi platform utama dalam mempromosikan Negeri Kelantan sebagai destinasi pelancongan sukan yang berpotensi di peringkat domestik dan antarabangsa.
Turut hadir dalam sesi kunjung hormat tersebut ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK dan Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia JBSNK. Kehadiran barisan kepimpinan JBSNK mencerminkan sokongan padu terhadap usaha sama dan kolaborasi strategik antara kedua-dua pihak.
Pertemuan ini turut membincangkan potensi kerjasama jangka panjang melibatkan pembangunan program pelancongan berteraskan belia dan sukan, termasuk perancangan aktiviti sampingan yang dapat memperluas impak ekonomi kepada komuniti setempat.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
