- JBS Kelantan
- Hits: 16
Kejohanan Boling Tertutup Anjuran Majlis Belia Jajahan Bachok, Penuh Semangat Kesukanan
- JBS Kelantan
- Hits: 16
KOTA BHARU, 15 Februari 2026 — Suasana meriah dan penuh semangat kesukanan menyelubungi Lite SuperBowl JB 7 Mydin Tunjong, Kota Bharu apabila Kejohanan Boling Tertutup dan Jemputan Bachok 2026 berlangsung dengan penyertaan lebih 60 pemain melibatkan 20 pasukan dari seluruh jajahan sekitar.
Kejohanan anjuran Majlis Belia Jajahan Bachok dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bachok itu mempertandingkan beberapa kategori iaitu individu lelaki, individu wanita, trio berpasukan. Acara berlangsung selama 3 jam itu bermula jam 2.00 petang dan mendapat sambutan hangat daripada pemain amatur serta separa profesional.
Menurut penganjur, kejohanan ini bertujuan mengeratkan hubungan masyarakat selain mencungkil bakat baharu dalam sukan boling. Sorakan penonton bergema setiap kali peserta melakukan strike dan spare, menjadikan pertandingan berlangsung kompetitif namun dalam suasana harmoni.
Majlis penutup telah disempurnakan pada sebelah petang dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah kepada para peserta. Pihak penganjur berharap kejohanan ini akan dijadikan acara tahunan bagi memeriahkan lagi aktiviti sukan komuniti di Bachok.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
