Program Motocross Track Day Siri 2 Peringkat Negeri Kelantan Raih Sambutan Menggalakkan

PASIR MAS, 13 Februari 2026 – Program Motocross Track Day Siri 2 Peringkat Negeri Kelantan yang telah berlangsung di Litar Motocross Teluk Kerengga berjaya mencatatkan penyertaan yang amat memberangsangkan daripada para pelumba serta peminat sukan permotoran.

Sebanyak 12 kategori telah dipertandingkan dalam program tersebut, melibatkan penyertaan pelumba daripada pelbagai peringkat umur dan tahap pengalaman. Penganjuran siri kedua ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan peserta, malah berperanan sebagai platform pembangunan bakat baharu dalam sukan motocross di peringkat negeri.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program berkenaan dalam memperkukuhkan lagi aktiviti pembangunan sukan permotoran di negeri ini.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ir. Mohd Haizul bin Omar, Presiden Kelab Bermotor Eksplorasi, En. Azmi bin Ariffin, Pemilik Litar Motocross Teluk Kerengga serta En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Secara keseluruhannya, penganjuran Program Motocross Track Day Siri 2 ini dilihat sebagai satu inisiatif berimpak tinggi dalam memperkasa pembangunan sukan bermotor di peringkat negeri, di samping mengukuhkan jaringan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, pengurusan litar serta kelab-kelab permotoran tempatan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search