- JBS Kelantan
- Hits: 42
Perjumpaan Dan Pemantauan Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Kawasan Serta Kerja-Kerja Landskap Bil.1/2026 Di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 42
KELANTAN, 11 FEBRUARI 2026 – Syarikat Wan Deena Enterprise telah mengunjungi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan pada 27 Januari 2026 (Selasa) yang lalu. Syarikat tersebut telah berjaya mendapatkan kontrak Perkhidmatan Pembersihan Bangunan dan Kawasan Serta Kerja-Kerja Landskap di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBS Negeri Kelantan diiringi En. Hazri Nizam bin Zakaria. Timbalan Pengarah JBS Negeri Kelantan dan En. Wan Mohd Erffan bin Wan Mohd Nasir, Pengurus KOMBES Kelantan.
Dalam sesi yang sama, Pn. Siti Nurnajwa binti Che Kar, Penolong Pengurus KOMBES Kelantan telah mengadakan sebuah perjumpaan bagi semua pekerja kontrak perkhidmatan pembersihan bangunan dan landskap bersama Syarikat Wan Deena Enterprise bagi mengeratkan silaturahim dan sesi suai kenal.
Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa mengalu-alukan pelaksanaan program dari setiap agensi sama ada dari agensi kerajaan, swasta, persatuan, kelab, mahupun perseorangan bagi pelaksanaan aktiviti sukan, kecergasan, pertandingan dan kejohanan di Kombes Kelantan. Sebarang tempahan penggunaan kemudahan fasiliti di KOMBES Negeri Kelantan boleh layari laman web www.stf.gov.my
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufik Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
