Program Sukan@Selasa Meriahkan Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 10 Februari 2026 – Program Sukan@Selasa peringkat Negeri Kelantan telah diadakan hari ini bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan penyertaan memberangsangkan daripada warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Program dimulakan dengan aktiviti senaman Tabata yang diketuai oleh Coach Lin daripada Hitfat. Aktiviti berintensiti tinggi ini ternyata sangat mengujakan serta menyuntik semangat dan tenaga kepada semua peserta yang terdiri daripada warga kerja Ibu Pejabat, PBSD Kota Bharu serta Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Suasana program berlangsung dengan penuh ceria dan bersemangat, selari dengan objektif penganjuran Program Sukan@Selasa bagi membudayakan gaya hidup aktif dan sihat.
Turut hadir memberi sokongan ialah En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama barisan pengurusan tertinggi jabatan. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen kepimpinan jabatan dalam menyokong inisiatif kesejahteraan dan kesihatan warga kerja jabatan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search