PBSD Pasir Puteh Turut Sama Memeriahkan Sebati Madani

PASIR PUTEH, 9 Februari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh dengan kerjasama Kelab Bola Sepak Sri Nara dan Kelab Rakan Muda Bandar Pasir Putih diberi peranan untuk melaksanakan aktiviti Pertandingan Sepakan Penalti dan Fun Walk sempena Program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) MADANI 2026.

Penganjur utama program ini iaitu Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Kelantan memberi peranan kepada PBSD Pasir Puteh untuk memeriahkan lagi program yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Panggong pada 7 Februari 2026 yang lalu.

PBSD Pasir puteh mengucapkan terima kasih kepada YADIM Kelantan kerana memberi kepercayaan kepada pihak kami untuk melaksanakan program tersebut.

Selain itu, pelbagai pengisian lain yang diaturkan oleh pihak YADIM Kelantan dengan kerjasama agensi lain seperti sumbangan Bakul MADANI, Sesi Back To School, Cabutan Bertuah, Jualan Rahmah, Kenduri Rakyat serta perkhidmatan komuniti seperti mencuci emas, tukar minyak hitam, kaunter Lembaga Tabung Haji, demonstrasi pemadaman kebakaran oleh BOMBA.

Majlis Perasmian Penutup Program SEBATI MADANI telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Turut hadir ialah Puan Yusnita binti Muhamed Yusoff, Pengarah YADIM Kelantan dan Puan Masyitah Fadhilla binti Rosdi, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh.
Program SEBATI MADANI ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi dan komuniti setempat, malah mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyantuni rakyat serta memperkukuh semangat perpaduan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search