- JBS Kelantan
- Hits: 43
Mesyuarat Penyelarasan Temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026
- JBS Kelantan
- Hits: 43
KOTA BHARU, 9 Februari 2026 – Majlis Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Temasya Sukan Para SUKMA XXII Selangor 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat MSN Kelantan bagi memperkukuh persiapan kontinjen para negeri itu menghadapi temasya berprestij berkenaan.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En. Mohd Arman bin Zulkifli, Pengarah MSN Kelantan dan dihadiri oleh barisan pengurusan tertinggi MSN Kelantan serta pengurus dan jurulatih sukan Para SUKMA Negeri Kelantan.
Perbincangan mesyuarat memfokuskan kepada aspek penyelarasan persediaan atlet, pengurusan pasukan, keperluan latihan, kebajikan atlet serta perancangan awal bagi memastikan prestasi terbaik dapat dicapai oleh kontinjen Para SUKMA Kelantan pada temasya akan datang.
Hadir sama mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Negeri Kelantan, En. Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh merangkap Pengurus Pasukan Para Badminton serta Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
