- JBS Kelantan
- Hits: 9
Wakil Kelab Belia Madani Desa Taqwa Paloh Rawa Hadiri Majlis Pelancaran Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan 2026 Dan Sejati Madani X Belia
- JBS Kelantan
- Hits: 9
MACHANG, 9 Februari 2026 – 3 orang wakil daripada Kelab Belia Madani Desa Taqwa Paloh Rawa telah menghadiri Majlis Pelancaran Program Santuni Pertubuhan Belia Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 dan SejaTi MADANI x Belia yang telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taufiq bin Johari, Menteri Belia dan Sukan, bertempat di Sunway Hotel, Seberang Jaya, Pulau Pinang, pada 8 Februari 2026.
Program ini merupakan salah satu syarat kelayakan bagi pertubuhan belia untuk memohon Geran SejaTi MADANI x Belia, selain keperluan penghantaran Maklumat Tahunan (MYKD) bagi tahun 2021 hingga 2025. Inisiatif ini memperkukuh libat urus strategik antara kerajaan dan pertubuhan belia ke arah ekosistem belia yang mampan dan inklusif.
Kehadiran wakil Kelab Belia Madani Desa Taqwa Paloh Rawa mencerminkan komitmen berterusan kelab dalam mendukung agenda pemerkasaan belia di peringkat nasional, selain membuka ruang perkongsian idea, pengalaman serta amalan terbaik dalam pengurusan dan pelaksanaan program belia.
Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my
