- JBS Kelantan
- Hits: 27
Kolaborasi Antara Agensi Perkukuhkan Lagi Jati Diri Belia Daerah Tumpat
- JBS Kelantan
- Hits: 27
TUMPAT, 8 FEBRUARI 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tumpat menyambut baik kolaborasi bersama Cawangan Khas (E8),IPK Kelantan dalam memperkukuhkan lagi pembangunan belia di peringkat akar umbi.
Lawatan kerja pada 5 Februari 2026 yang diketuai oleh ASP Tn. Mohd Azwira Shafawi bin Ibrahim bersama beberapa orang anggota dari Cawangan Khas IPK Kelantan ini antara lain membincangkan tentang penganjuran secara bersama bertujuan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam memupuk kesedaran memerangi jenayah keganasan yang bersikap subversive, ekstremis dan sabotaj negara yang sememangnya wujud dikalangan masyarakat atau komuniti tanpa disedari. Kerjasama ini juga membuktikan komitmen agensi-agensi terlibat dalam menyokong agenda pembangunan belia yang mampan.
Diharapkan dengan kolaborasi antara dua agensi ini dapat diteruskan di masa akan datang dan menjadi contoh kepada pelaksanaan program-program lain yang berfokuskan pembangunan belia dan komuniti secara menyeluruh.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
