- JBS Kelantan
- Hits: 22
Rebut Peluang Dana Sukan Komuniti
- JBS Kelantan
- Hits: 22
PASIR PUTEH, 27 JANUARI 2026 – Encik Mohd Rafizi bin Mohd Zubri, wakil Ryzonic Badminton Club telah mengunjungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh bagi mendapatkan maklumat berkaitan Dana Sukan Komuniti. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Encik Amreezal bin Abdul Kadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Puteh yang turut berkongsi penerangan berkaitan proses dan syarat permohonan Dana Sukan Komuniti.
“Rebutlah peluang DSK ini untuk mempergiatkan lagi sukan badminton di daerah Pasir Puteh” ujar Encik Amreezal.
Beliau juga berharap agar persatuan/ kelab belia dan sukan yang telah berdaftar agar sentiasa mematuhi perlembagaan persatuan/ kelab terutama hendaklah mengadakan Mesyuarat AgongTahunan (MAT) mengikut ketetapan didalam perlembagaan.
Diharapkan perkongsian ini dapat membantu kelab merancang aktiviti sukan dengan lebih teratur serta menyumbang kepada pembangunan dan penglibatan aktif komuniti dalam bidang sukan di daerah Pasir Puteh.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
