Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2026 Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan

MACHANG, 19 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSN Kelantan) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bilangan 1/2026 pada 18 Januari 2026 bertempat di Dewan Malaysia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Perhimpunan ini telah disertai oleh warga kerja JBSN Kelantan termasuk pegawai dan kakitangan dari Pejabat Belia Dan Sukan Daerah.

Majlis perhimpunan dimulakan dengan ucapan amanat oleh Yang Berusaha Pengarah JBSN Kelantan, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan komitmen, integriti serta semangat kerja berpasukan dalam memastikan penyampaian perkhidmatan jabatan sentiasa berada pada tahap terbaik. Beliau turut menggesa seluruh warga kerja agar terus memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi sejajar dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan serta agenda pembangunan belia dan sukan di negeri Kelantan.

Perhimpunan bulanan ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Khas Pekerja Terbaik bagi bulan Oktober, November dan Disember 2025 sebagai pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.

Dalam majlis tersebut, Encik Mohd Zul Izudin bin Samat dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik bagi bulan November 2025.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search