Perlawanan Persahabatan Badminton Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan Dan Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan

KOTA BHARU, 19 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan (JBSNK) telah mengadakan satu perlawanan persahabatan badminton bersama Jabatan Pendaftaran Negeri Kelantan pada 15 Januari 2026, bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Perlawanan persahabatan ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan penjawat awam negeri Kelantan. Selain menjadi platform riadah yang sihat, program ini juga dilihat mampu memperkukuhkan kerjasama antara jabatan-jabatan kerajaan melalui aktiviti sukan.

Turut terlibat dalam perlawanan ini ialah Encik Zaharuddin bin Zainal, wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang, yang memberikan komitmen dan sokongan terhadap perlawanan persahabatan ini.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search