Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Machang Terima Kunjung Hormat Unit Pencegahan AADK Machang

MACHANG, 19 Januari 2026 – Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Machang telah menerima kunjung hormat daripada Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Machang dalam satu sesi pertemuan yang berlangsung pada 15 Januari 2026 di PBSD Machang.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik di antara kedua-dua agensi, khususnya dalam usaha pencegahan dadah serta pelaksanaan program pembangunan belia yang sihat dan bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Unit Pencegahan AADK Machang telah diwakili oleh tiga orang pegawai iaitu Encik Mohd Afizul bin Ahmad, Encik Wan Mohd Norzee bin Wan Ab Rahman dan Encik Mohd Razi bin Che Rashid. Dalam pertemuan ini, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk peluang kerjasama program pencegahan dadah di peringkat daerah serta penglibatan belia dalam aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Machang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat tersebut dan berharap agar jalinan kerjasama yang terjalin dapat diteruskan serta diperkukuhkan demi kesejahteraan belia dan masyarakat setempat.

Disediakan oleh: Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daereah Machang

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMadani
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search