- JBS Kelantan
- Hits: 43
PUC Ballon Run 2026 Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 43
KOTA BHARU, 6 Februari 2026 — Program PUC Ballon Run 2026 telah berlangsung dengan meriah di RTC Tunjong, Kelantan menekankan aspek keselamatan serta pengurusan kecemasan sepanjang acara. Seramai 2,000 peserta mengambil bahagian dalam program ini yang dianjurkan oleh PUC Sport HQ Kelantan dengan sokongan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Kerjasama erat antara pihak penganjur, JBSNK serta agensi-agensi terlibat memastikan kelancaran pelaksanaan program. Persediaan rapi melalui Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan dan Kecemasan sebelum program membolehkan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP), langkah-langkah pencegahan keselamatan, dan kesiapsiagaan pasukan kecemasan dijalankan dengan berkesan.
Pelaksanaan program ini memberi kesan positif yang signifikan, termasuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan, dan meningkatkan penglibatan belia dalam aktiviti rekreasi. Program ini juga memperkukuh kerjasama antara PUC Sport HQ Kelantan dan JBSNK seterusnya menjadikan penganjuran acara sukan dan rekreasi lebih terancang dan berimpak tinggi kepada komuniti.
Majlis perasmian dan pelepasan PUC Ballon Run 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah JBSNK. Turut hadir ialah En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda serta Hj. Mohd Shukry bin Pauzi, Pengarah Urusan PUC Sport.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
