- JBS Kelantan
- Hits: 96
RXZ Forever Legend Himpunkan 50,000 Peserta Seluruh Malaysia di RTC Tunjong
- JBS Kelantan
- Hits: 96
Kota Bharu,7 Februari 2026– Majlis Perasmian RXZ Forever Legend telah berlangsung di RTC Tunjong hari ini. Majlis perasmian program berprestij ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud,Menteri Besar Kelantan. Program berskala besar ini berjaya menghimpunkan seramai 50,000 peserta dari seluruh Malaysia, sekali gus menjadikannya antara perhimpunan komuniti motosikal RXZ terbesar pernah dianjurkan di negeri Kelantan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Yang Berhormat Tuan Zamakhshari bin Muhammad, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan; Yang Berusaha Tuan Mohd Misuar bin Abdullah, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kelantan;Yang berusaha Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta Tuan Haji Mohd Azwan bin Abd Rahman, Pengarah Tourism Information Centre (TIC). Hadir sama ialah Saudara Ismail Azmi bin Hashim, wakil Kelab Pemilik RXZ Negeri Kelantan; dan Saudara Abdul Halim, wakil RXZ Forever Legend.
Penganjuran program ini bertujuan menghimpunkan komuniti peminat motosikal RXZ dari seluruh negara sebagai platform mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk penglibatan belia dalam aktiviti automotif yang berhemah, berdisiplin dan mematuhi peraturan jalan raya. Pelbagai pengisian menarik turut diadakan termasuk pameran motosikal RXZ dan sesi perkongsian komuniti.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan sentiasa menyokong penganjuran program berskala besar yang memberi impak positif kepada pembangunan belia serta pengukuhan jaringan komuniti di peringkat negeri dan nasional.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
