Kejohanan Karom Beregu Terbuka Kelantan Terima Sokongan KBS Melalui Dana Sukan Komuniti

KOTA BHARU, 7 Februari 2026 – Penganjuran Kejohanan Karom Beregu Terbuka Kelantan menerima sokongan padu daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi peruntukan Dana Sukan Komuniti (DSK) bagi memperkasa pembangunan sukan tradisional di peringkat akar umbi.

Kejohanan yang berlangsung pada hari ini di Dewan Tan Sri Anuar Musa, Sek Men Keb Kadok itu telah dirasmikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Kelantan.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja berfungsi sebagai medan pertandingan, malah turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan komuniti serta mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemain karom. Menurut penganjur, sukan karom merupakan sukan tradisional yang mampu menguji ketepatan, fokus, kemahiran strategi dan tumpuan mental walaupun tidak memerlukan pergerakan fizikal yang kerap, sekali gus menjadikannya sesuai disertai oleh pelbagai peringkat umur.

Dalam majlis yang sama, Persatuan Karom Negeri Kelantan telah menerima Dana Sukan Komuniti berjumlah RM10,000 sebagai sokongan berterusan daripada KBS terhadap penganjuran aktiviti dan kejohanan karom di negeri ini. Sokongan tersebut diharap dapat memperkasa ekosistem sukan komuniti serta memupuk minat golongan belia untuk terus aktif dalam sukan tradisional sebagai warisan yang perlu dipelihara.

Sebagai makluman, Dana Sukan Komuniti (DSK) di bawah Kementerian Belia dan Sukan bertujuan memberikan bantuan berbentuk peruntukan kewangan bagi penganjuran program sukan komuniti kepada persatuan, pertubuhan dan kelab yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) serta Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).

Skop pelaksanaan Dana Sukan Komuniti adalah di peringkat komuniti yang melibatkan program pembangunan sukan, termasuk aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi, bagi menggalakkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh ke arah gaya hidup aktif dan sihat. Untuk makluman lanjut mengenai Dana Sukan Komuniti boleh rujuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan melalui Sekreteriat Dana Sukan Komuniti 2026.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search