- JBS Kelantan
- Hits: 32
Pencarian Calon APBN Daerah Jeli Bermula
- JBS Kelantan
- Hits: 32
JELI, 3 Februari 2026 – Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada individu dan pertubuhan belia yang telah memberikan sumbangan terhadap pembangunan belia. Anugerah ini juga adalah untuk meraikan dan menghargai belia yang memperolehi pencapaian yang membanggakan negara dalam pelbagai bidang. Pengiktirafan ini adalah sebagai salah satu usaha untuk menyuntik semangat dan motivasi kepada belia yang lain.
Bagi menyahut cabaran merebut tempat terbaik dalam Anugerah ini, En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli telah turun padang menemui beberapa orang calon dari Persatuan Belia sebagai persediaan awal mengenai perkara tersebut sebelum tiba tarikh sebenar untuk menghantar borang-borang pencalonan.
Beliau berharap agar semua calon-calon kategori Persatuan dan Individu membuat persediaan awal sewajarnya bagi urusan dokumentasi dan kemaskini rekod- rekod berkaitan.
Disediakan Oleh : Urusetia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
