- JBS Kelantan
- Hits: 46
Kunjungan Mesra Cakna Perkukuh Tadbir Urus dan Kebajikan Warga PBSD Gua Musang
- JBS Kelantan
- Hits: 46
GUA MUSANG, 3 Februari 2026 — Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gua Musang telah menerima kunjungan mesra cakna oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan hari ini sebagai usaha memperkukuh tadbir urus pengurusan serta kebajikan warga kerja jabatan.
Kunjungan ini memberi penekanan terhadap tatakelola pengurusan pentadbiran dan kewangan agar dilaksanakan secara lebih sistematik, telus dan berintegriti selaras dengan peraturan serta garis panduan yang telah ditetapkan.
Dalam sesi perbincangan, beliau turut berkongsi pandangan dan penambahbaikan ke arah memperkasa pengurusan organisasi di peringkat daerah. Selain itu, aspek kebajikan pegawai turut diberi perhatian serta pengukuhan kompetensi dan pengurusan yang cekap dalam merealisasikan misi dan visi Jabatan Belia dan Sukan serta menyokong aspirasi Kementerian Belia dan Sukan secara keseluruhan.
Kehadiran beliau disambut baik oleh semua pegawai dan kakitangan PBSD Gua Musang. Kunjungan mesra ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah menjadi platform perkongsian ilmu dan motivasi ke arah perkhidmatan yang lebih cemerlang dan berimpak tinggi.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
