- JBS Kelantan
- Hits: 80
Program Chairobic Dance & Let’s Go Gym Sempena Sukan@Selasa JBSNK Galakkan Gaya Hidup Sihat
- JBS Kelantan
- Hits: 80
KOTA BHARU, 3 Februari 2026 — Aktiviti Chairobic Dance & Let’s Go Gym telah berjaya dilaksanakan sempena Program Sukan@Selasa pada hari ini bertempat di Dewan Malaysia dan Gymnasium Kompleks Belia dan Sukan Panji.
Program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan tahap kecergasan fizikal dalam kalangan kakitangan. Pelaksanaan aktiviti ini turut mencerminkan komitmen berterusan dalam membudayakan aktiviti sukan dan rekreasi di tempat kerja.
Aktiviti ini melibatkan penyertaan daripada kakitangan Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Kompleks Belia dan Sukan Panji serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Bharu.
Aktiviti Chairobic Dance yang bersifat santai tetapi berimpak tinggi serta sesi Let’s Go Gym yang menumpukan kepada kecergasan fizikal telah memberi peluang untuk beriadah secara sihat di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja jabatan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
