- JBS Kelantan
- Hits: 57
Majlis Bacaan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Tahun 2026 Berlangsung Dengan Jayanya
- JBS Kelantan
- Hits: 57
Kota Bharu, 2 Februari 2026 – Majlis Bacaan Ikrar Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) Peringkat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya hari ini melibatkan seluruh warga kerja Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Majlis ini dianjurkan bertujuan untuk memperkukuhkan kefahaman, kesedaran serta komitmen semua pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan terhadap kepentingan pemeliharaan keselamatan maklumat rasmi kerajaan selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972.
Akta Rahsia Rasmi 1972 merupakan undang-undang penting di Malaysia yang bertujuan melindungi maklumat rasmi kerajaan daripada didedahkan, disalahgunakan atau disebarkan tanpa kebenaran. Akta ini mengklasifikasikan dokumen, maklumat dan perkara rasmi tertentu sebagai rahsia rasmi, dan mana-mana individu yang melanggar peruntukan akta ini boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat termasuk denda dan hukuman penjara.
Lafaz ikrar telah diketuai oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan diikuti dengan penuh tertib oleh seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan secara fizikal dan atas talian. Bacaan ikrar ini melambangkan kesungguhan serta iltizam semua warga jabatan untuk sentiasa mematuhi peraturan, menjaga kerahsiaan maklumat rasmi dan melaksanakan tugas dengan penuh integriti serta tanggungjawab.
Pelaksanaan majlis ini juga mencerminkan komitmen berterusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memastikan tahap profesionalisme, disiplin dan tadbir urus yang baik sentiasa diamalkan dalam perkhidmatan awam. Diharapkan melalui majlis ini, semua warga jabatan dapat menghayati sepenuhnya tanggungjawab masing-masing dalam memelihara keselamatan maklumat rasmi demi kepentingan organisasi dan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
