Lawatan Kerja ke HitFat Functional Gym

Kota Bharu, 26 Januari 2026 – Satu lawatan kerja ke HitFat Functional Gym telah diadakan bagi memperkukuh hubungan strategik serta menjalin kerjasama dalam pembangunan sukan dan kecergasan di negeri Kelantan.

Lawatan tersebut telah disertai oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK serta barisan pengurusan HitFat Functional Gym.

Kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan inisiatif serta peranan HitFat Functional Gym dalam memperkasakan budaya kecergasan dan amalan gaya hidup sihat, khususnya dalam kalangan belia dan komuniti setempat. Di samping itu, sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik antara HitFat dan JBSNK dalam pelaksanaan program kecergasan, latihan sukan, serta pembangunan bakat atlet.

Diharapkan lawatan kerja ini dapat menjadi pemangkin kepada hubungan kerjasama yang lebih erat dan berterusan antara kedua-dua pihak, sekali gus memberi manfaat kepada pembangunan belia dan masyarakat secara keseluruhannya.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search