Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan dan Kecemasan Program PUC Ballon Run Berlangsung Lancar

KOTA BHARU, 26 Januari 2026 — Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Keselamatan dan Kecemasan Program PUC Ballon Run telah berjaya diadakan hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK dengan fokus utama perbincangan menjurus kepada aspek keselamatan, pengurusan kecemasan serta kesiapsiagaan pihak terlibat bagi memastikan kelancaran penganjuran program.

Program PUC Ballon Run dijadualkan bakal berlangsung pada 6 Februari 2026 bertempat di RTC Tunjong, Kelantan. Sehubungan itu, mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras peranan setiap agensi dan jawatankuasa yang terlibat, khususnya dalam menangani sebarang risiko serta situasi luar jangka sepanjang program berlangsung.
Perbincangan berjalan dengan teratur dan konstruktif, merangkumi pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), langkah-langkah pencegahan keselamatan serta persediaan pasukan kecemasan di lokasi program.

Penganjuran mesyuarat ini jelas mencerminkan komitmen Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam memastikan Program PUC Ballon Run dilaksanakan dengan selamat, terancang dan memberi pengalaman terbaik kepada semua peserta.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search