- JBS Kelantan
- Hits: 26
Program Akademi Mycorps-Borneo Menyatukan Hubungan
- JBS Kelantan
- Hits: 26
TUMPAT, 25 JANUARI 2026 - Program Akademi MyCorps-Borneo telah berjaya melabuhkan tirainya dengan penganjuran majlis penutup yang berlangsung pada 24 Januari 2026 bertempat di perkarangan Masjid Mukim Selehor dalam suasana penuh bermakna. Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk membentuk jati diri peserta melalui penerapan nilai kesukarelawanan, kepimpinan serta keprihatinan terhadap masyarakat.
Sepanjang tempoh pelaksanaan, para peserta telah mengikuti pelbagai pengisian program yang merangkumi aktiviti khidmat masyarakat, pembinaan sahsiah serta kerjasama berpasukan. Pelaksanaan program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan khidmat kemanusiaan, malah turut menggalakkan penglibatan aktif golongan belia dalam usaha pembangunan sosial dan komuniti. Penyertaan aktif peserta menunjukkan komitmen tinggi serta kerjasama yang baik dalam menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program MyCorps ini. Diharapkan segala ilmu, pengalaman dan nilai murni yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta serta dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mu’azamir Bin Haji Jili, Pengarah Cawangan Pembangunan Potensi Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara. Turut hadir ialah Yang Berusaha Encik Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Encik Rudhuan Bin Yusoff, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Kok Pasir, Encik Zakaria Bin Yasad, Penghulu Mukim Kok Pasir dan Encik Othman Bin Salam, Pengerusi Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Mukim Kok Pasir.
#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat
