Program Inspire Eksplorasi Peringkat Kebangsaan Perkukuh Pembangunan Sukan OKU

LANGKAWI, 23 Januari 2026 – Program Inspire Eksplorasi Kebangsaan yang berlangsung dari 21-23 Januari 2026 di Langkawi, Kedah telah berjaya menghimpunkan barisan kepimpinan dan pegawai pembangunan sukan OKU dari seluruh negara dalam usaha memperkukuh ekosistem pembangunan sukan inklusif.

Program anjuran Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bertujuan memberi pendedahan, perkongsian idea serta memperluas perspektif peserta terhadap pembangunan sukan OKU secara holistik dan berimpak tinggi.

Program ini telah dihadiri oleh semua Timbalan Pengarah (Sukan) dan Pegawai Pembangunan Sukan OKU dari seluruh negeri. Pelbagai pengisian berkonsepkan eksplorasi kebangsaan, pembangunan kapasiti serta pengukuhan kepimpinan telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung. Turut diadakan sesi pembentangan program cawangan Pembangunan Sukan OKU bagi tahun 2026 serta Mesyuarat Post Mortem Liga Sukan OKU 2025.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut diwakili oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) serta Pn. Nur Fadhlira binti Dungun, Pegawai Pembangunan Sukan OKU yang bersama-sama memberi komitmen terhadap pelaksanaan agenda pembangunan sukan OKU di peringkat negeri. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBrs Pn. Siti Mariam binti Ahmad Tobias, Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search