Kelab Belia Gemilang Ayer Lanas Lulus

JELI, 22 Januari 2026-Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kelab Belia Gemilang Ayer Lanas, Jeli yang telah diluluskan pendaftarannya oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Malaysia (ROY) pada Disember 2025.

Setiausaha Kelab, En Alif Syahmi bin Muhamad Shukri telah hadir ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli (PBSD) pada 21 Januari 2026, untuk sesi perbincangan bagi kemaskini dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Timur bagi mendapatkan Sijil Pendaftaran Kelab.

YBrs En Supian bin Hassan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli telah memberikan panduan dan kata-kata semangat kepada En Alif supaya melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin dan mematuhi perlembagaan kelab yang telah diluluskan.

Adalah diharapkan agar kelab yang baharu ditubuhkan di Daerah Jeli ini akan menjadi contoh yang terbaik kepada Persatuan atau Kelab Belia yang lain dan menjadi rujukan kepada belia-belia yang ingin menubuhkan persatuan.

Disediakan oleh : Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search