Mesyuarat Post Mortem Program Kecergasan JBSN 2025 & Taklimat Perancangan Program 2026

PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Cawangan Kecergasan Nasional, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara telah menganjurkan Mesyuarat Post Mortem Program Kecergasan Tahun 2025 serta Sesi Taklimat Perancangan Program Kecergasan Tahun 2026 yang berlangsung selama dua jam bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 13, Bahagian Pembangunan Sukan, JBSN hari ini.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Pengarah Cawangan Kecergasan, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN dan dihadiri Timbalan Pengarah Sukan, Penolong Pengarah Sukan serta Pegawai Kecergasan Nasional dari seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri. Turut hadir, En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini bertujuan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan program kecergasan sepanjang tahun 2025 di samping menjadi platform perbincangan strategik bagi merangka perancangan program-program kecergasan yang lebih mampan dan berimpak tinggi untuk tahun ini.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, pelbagai isu, cabaran serta pencapaian telah dibincangkan secara menyeluruh. Ahli-ahli mesyuarat turut mengemukakan pelbagai cadangan penambahbaikan meliputi aspek pelaksanaan program, penglibatan komuniti, pendekatan inovatif serta pengukuhan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.
Hasil perbincangan ini dijangka dapat memperkukuh hala tuju pembangunan sukan kecergasan negara agar lebih sistematik dan inklusif. Diharapkan segala cadangan dan penambahbaikan yang dibangkitkan dapat diterjemahkan secara berkesan dalam pelaksanaan program kecergasan JBSN pada tahun ini.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search