- JBS Kelantan
- Hits: 32
Bengkel Latihan Penggunaan AED Tingkat Kesedaran Keselamatan
- JBS Kelantan
- Hits: 32
PUTRAJAYA, 19 Januari 2026 – Satu Bengkel Latihan Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) telah diadakan hari ini bertempat di Menara Kementerian Belia dan Sukan dengan penyertaan seramai 3 orang wakil dari setiap Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Bengkel ini dianjurkan bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penggunaan peralatan AED sebagai langkah awal menyelamatkan nyawa ketika berlaku kecemasan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut mengambil bahagian dalam bengkel ini dengan kehadiran YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), En. Nik Ahmad Saifullah bin Ahmad Husni, Pembantu Belia dan Sukan serta En. Adenherrizman bin Nordin, Pembantu Tadbir Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan.
Sepanjang bengkel, para peserta didedahkan dengan teori dan latihan praktikal berkaitan penggunaan AED yang betul, prosedur kecemasan serta kepentingan tindakan pantas dalam situasi serangan jantung. Program ini juga selari dengan usaha Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan di fasiliti sukan dan belia seluruh negara.
Diharapkan penganjuran bengkel ini dapat melahirkan lebih ramai pegawai yang berkemahiran serta bersedia untuk bertindak pantas dalam situasi kecemasan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
