Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil. 1/2026

KOTA BHARU, 18 Januari 2026 - Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan Bil. 1/2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1, JBSNK hari ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini bertujuan membincangkan hala tuju, perancangan strategik serta penyelarasan pelaksanaan program dan inisiatif jabatan bagi tahun 2026.

Mesyuarat ini telah dihadiri barisan pengurusan tertinggi JBSNK iaitu Pn. Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK, YBrs. En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda, YBrs. En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus KOMBES, Pegawai Belia dan Sukan Daerah serta Pegawai setiap unit cawangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Mesyuarat ini juga diharapkan dapat memperkukuhkan tadbir urus jabatan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan program pembanguban belia dan sukan di Negeri Kelantan secara lebih tersusun dan berimpak tinggi.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search