- JBS Kelantan
- Hits: 36
Perhimpunan Bulanan Pegawai & Kakitangan JBS Negeri Kelantan Bil.1/2026 Perkukuh Budaya Kerja Cemerlang
- JBS Kelantan
- Hits: 36
KOTA BHARU, 18 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Pegawai dan Kakitangan Bil. 1/2026 sebagai platform penting bagi perkongsian maklumat, penetapan hala tuju serta pengukuhan budaya kerja cemerlang dalam kalangan warga jabatan.
Perhimpunan yang berlangsung hari ini bertempat di Dewan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan ini melibatkan semua pegawai serta kakitangan jabatan. Majlis telah dihadiri oleh YBrs En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBrs. EN. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK, Pn. Nurdalila binti Mohamad Khalil, Timbalan Pengarah (Belia) JBSNK, YBrs En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Rakan Muda serta YBrs En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan serta semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah.
YBrs Tn. Pengarah menekankan kepentingan amalan saling menyokong dan tolong-menolong dalam melaksanakan tugasan harian bagi mewujudkan suasana kerja yang harmoni, produktif dan penuh dedikasi. Beliau turut menyeru seluruh warga jabatan agar terus memperkukuh semangat kerja berpasukan serta mengekalkan tahap profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan awam.
Perhimpunan ini turut dimeriahkan dengan penyampaian Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan sebagai pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang menunjukkan dedikasi, prestasi cemerlang serta komitmen tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Perhimpunan dimulakan dengan ceramah agama yang disampaikan oleh YBrs. Ustaz Saibon bin Ismail, Pegawai Agama Jajahan Pasir Mas, sebelum diteruskan dengan sesi perhimpunan bulanan. Program diakhiri dengan ceramah pengurusan kewangan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) Negeri Kelantan.
Penganjuran perhimpunan bulanan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi jabatan serta memperkukuh peranan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dalam melaksanakan agenda pembangunan belia dan sukan di negeri ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
