Perlawanan Persahabatan Badminton Eratkan Hubungan Dua Agensi

KOTA BHARU, 15 Januari 2026 – Satu perlawanan persahabatan badminton telah diadakan melibatkan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan sebagai usaha mengeratkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua agensi.

Program dimulakan dengan ketibaan semua peserta ke dewan diikuti dengan ucapan dan kata-kata aluan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Majlis turut diserikan dengan sesi penyampaian cenderahati sebagai simbol ikatan persahabatan dan kerjasama antara kedua-dua agensi.
YBrs. En. Hazri Nizam menegaskan penganjuran perlawanan persahabatan ini bukan bertujuan untuk menentukan kemenangan, sebaliknya memberi penekanan kepada pengukuhan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama.

Perlawanan ini turut diserikan dengan penglibatan Pn. Nurdalila binti Mohd Khali, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, En. Sazli bin Mahmood, Ketua Bahagian Pembangunan Rakan Muda serta En. Wan Mohd Erffan bin Wan Nasir, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang bukan sahaja turun padang mengambil bahagian dalam perlawanan, malah turut memberi sokongan moral kepada para peserta.

Penganjuran program seumpama ini dilihat mampu merapatkan hubungan dalam kalangan pegawai dan kakitangan antara agensi melalui aktiviti sukan, di samping menyokong amalan gaya hidup sihat. Perlawanan persahabatan ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Kelantan.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search