Semangat Warisan Melayu "Majlis Perlimau Gelanggang Silat Disambut Meriah"

TUMPAT, 4 Januari 2026 – Majlis Perlimau Gelanggang Silat Siri Ke-3 telah berlangsung dengan penuh meriah pada hari ini di Gelanggang Seni Silat Pok Muda, Sungai Pinang sebagai simbol pembukaan rasmi gelanggang serta permulaan latihan bagi pesilat baharu. Seramai 50 orang pesilat dari kelab ini telah berjaya menamatkan sesi latihan bagi tahun 2025 dengan jayanya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir ke majlis ini ialah Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Adanan bin Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran, Puan Hazmanita binti Che Hamid, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tumpat, Ahli-ahli Jawatankuasa Penaja Kelab Seni Silat Olahraga Pok Muda Sungai Pinang (SPEDIH), pemimpin setempat dan guru-guru silat.

Dalam ucapannya, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Adanan bin Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelaboran yang senantiasa komited dan memberi sokongan penuh dalam program-program pembangunan belia dan sukan khususnya di Kampung Sungai Pinang. Beliau turut memaklumkan silat olahraga merupakan satu jenis sukan yang terkandung dalam Akta Pembangunan Sukan yang diiktiraf. Beliau menyeru agar kelab ini rebutlah peluang untuk memohon dana peruntukan bagi pembangunan belia dan sukan bagi tahun 2026.

Majlis diakhiri dengan persembahan silat oleh pesilat serta jamuan ringan bersama tetamu yang hadir.

#TeamKBS #TeamJBSN #SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Disediakan oleh: Urus Setia Portal PBSD Tumpat

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 01-04-2026, 15:51:40

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search