Kunjungan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Bagi Memperjelaskan Kawasan Larangan Merokok di Premis Kerajaan

KOTA BHARU, 13 Januari 2026 – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan telah mengadakan kunjungan rasmi ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan bagi memperjelaskan pelaksanaan serta penguatkuasaan kawasan larangan merokok di premis kerajaan.

Kunjungan tersebut bertujuan memberi penerangan berhubung peruntukan undang-undang di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau, selain meningkatkan kefahaman warga kerja mengenai tanggungjawab mematuhi larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan.

Menurut wakil Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan, premis kerajaan termasuk pejabat, kawasan menunggu, tandas, laluan berbumbung serta kawasan tertentu di persekitaran bangunan adalah tertakluk kepada larangan merokok bagi melindungi kesihatan orang awam dan warga kerja daripada pendedahan asap rokok.

Dalam sesi taklimat tersebut, beliau turut menjelaskan tindakan penguatkuasaan yang boleh diambil terhadap individu yang ingkar, termasuk kompaun dan tindakan undang-undang, selain kepentingan peranan pihak pengurusan premis dalam memastikan pematuhan berterusan.

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan menyambut baik kunjungan berkenaan dan komited untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sihat, selamat serta bebas daripada asap rokok

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pentadbiran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 11:34:59

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search