- JBS Kelantan
- Hits: 37
Program Sukan Selasa @ Kelantan Meriahkan Warga Ibu Pejabat JBS Negeri Kelantan
- JBS Kelantan
- Hits: 37
KOTA BHARU, 13 Januari 2026 — Program Sukan Selasa @ Kelantan melibatkan warga Ibu Pejabat Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan telah berlangsung dengan meriah bertempat di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, hari ini.
Program yang dianjurkan bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan kakitangan jabatan melalui pelbagai aktiviti sukan dan kecergasan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah senam cergas serta badminton santai, yang mendapat sambutan menggalakkan.
YBrs. En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan turut hadir dan bersama-sama menyertai aktiviti sukan yang dianjurkan. Kehadiran beliau diiringi oleh barisan pengurusan tertinggi jabatan sekali gus menyuntik semangat dan motivasi kepada warga kerja yang terlibat.
Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja dapat meningkatkan tahap kesihatan fizikal, malah berperanan mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga jabatan.
Program Sukan Selasa @ JBSN Kelantan dijangka akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai salah satu inisiatif jabatan dalam membudayakan aktiviti sukan dan gaya hidup aktif di tempat kerja.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
