- JBS Kelantan
- Hits: 32
Sesi Ramah Mesra Program KLAS Renang Warga Emas Fasa 3 Daerah Kota Bharu
- JBS Kelantan
- Hits: 32
Kota Bharu, 8 Januari 2026 – Satu sesi ramah mesra dan temu mata bersama peserta Program KLAS Renang Warga Emas Fasa 3 Daerah Kota Bharu 2025 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Kolam Renang Kelantan Golf & Country Club (KGCC), Kota Bharu.
Sesi ini telah dihadiri oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan berterusan pihak jabatan terhadap pelaksanaan program sukan kecergasan yang memberi manfaat kepada golongan warga emas.
Dalam sesi ramah mesra tersebut, YBrs. En. Hazri Nizam berkesempatan berinteraksi secara dekat dengan para peserta, mendengar pandangan serta berkongsi kata-kata semangat agar warga emas terus aktif dan mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan khususnya renang yang terbukti baik untuk kesihatan fizikal dan mental.
Beliau turut menekankan bahawa penganjuran program KLAS Renang ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan tahap kecergasan, malah berperanan sebagai platform mengeratkan hubungan sosial, meningkatkan keyakinan diri serta kesejahteraan emosi dalam kalangan warga emas.
Para peserta menyambut baik kehadiran beliau dan menyatakan penghargaan atas perhatian serta sokongan yang diberikan. Program ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi lebih banyak manfaat kepada komuniti warga emas khususnya.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
