- JBS Kelantan
- Hits: 38
Taklimat Pengisian Sistem e-ROSA dan Kebaikan Berpersatuan
- JBS Kelantan
- Hits: 38
Pasir Mas, 7 Januari 2026 – Satu taklimat berkaitan cara-cara pengisian sistem e-ROSA serta penerangan mengenai kebaikan berpersatuan telah berjaya diadakan hari ini bertempat di Arena Training Kubang Bemban, Pasir Mas anjuran Kubang Bemban Slingshot Club.
Taklimat ini telah disampaikan oleh YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Turut hadir, En. Mazlan bin Mohd Ariffin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas dan Sdr. Mohamad Raymie bin Ab Razak, Presiden Kubang Bemban Slingshot Club. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kefahaman kepada para peserta mengenai kaedah pengisian sistem e-ROSA dengan betul dan sistematik selaras dengan keperluan semasa pendaftaran dan pengurusan pertubuhan.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan dan kebaikan berpersatuan khususnya dalam memperkukuh jaringan kerjasama, meningkatkan kecekapan pengurusan organisasi serta membuka lebih banyak peluang pembangunan kepada ahli persatuan.
Para peserta turut diberi kefahaman berkaitan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat melalui sistem e-ROSA adalah penting bagi memastikan persatuan sentiasa aktif dan diiktiraf. Semua peserta dapat memberi perhatian dan komitmen yang baik sepanjang sesi taklimat berlangsung serta berpeluang mengemukakan soalan berkaitan isu dan cabaran dalam pengurusan persatuan.
Penganjuran sesi taklimat ini diharapkan dapat membantu meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran dalam kalangan persatuan agar lebih berdaya saing, teratur dan mampan pada masa hadapan.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
