- JBS Kelantan
- Hits: 70
Kelantan Junior Dinobatkan Johan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2025
- JBS Kelantan
- Hits: 70
SHAH ALAM, 21 Disember 2025 – Pasukan Aerobic Dance Junior Kelantan mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung selama dua hari, 20-21 Disember 2025 bertempat di Dewan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.
Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) ini menyaksikan penyertaan pasukan dari seluruh negara dalam dua kategori utama iaitu junior dan dewasa. Saringan awal telah diadakan pada hari Sabtu, namun hanya pasukan junior Kelantan yang berjaya melangkah ke peringkat akhir bersama tujuh lagi pasukan dari negeri lain.
Dalam aksi penuh bertenaga dan memukau, pasukan junior Kelantan berjaya menambat hati para juri dengan persembahan yang mantap dan koreografi yang kreatif. Kejayaan ini membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala serta medal kemenangan.
Lebih manis lagi, pasukan ini turut memenangi Kategori Koreografi Terbaik sekali gus membawa pulang tambahan wang tunai RM500 sebagai pengiktirafan terhadap keunikan dan kehalusan gerak tari yang dipersembahkan.
Ketua kontinjen pasukan Aerobic Dance Kelantan, YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBS Negeri Kelantan turut hadir memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada kedua-dua pasukan junior dan dewasa sebelum pertandingan bermula.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama negeri Kelantan di peringkat kebangsaan, malah menjadi inspirasi kepada generasi muda untuk terus bergiat aktif dalam bidang sukan dan seni persembahan. Tahniah diucapkan kepada pasukan Aerobic Dance Junior Kelantan atas pencapaian ini.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
Taufiq Johari
Mordi Bimol
JBSNegara
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
