Pasukan Cheerleading Kelantan Giat Berlatih di Sunway Velocity Mall Menjelang Pertandingan Kebangsaan

Kuala Lumpur, 20 Disember 2025 — Suasana di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall hari ini meriah dengan semangat dan sorakan apabila pasukan cheerleading Kelantan giat menjalani sesi latihan terakhir mereka menjelang pertandingan peringkat kebangsaan yang dijadualkan berlangsung esok.

Pasukan yang terdiri daripada 26 orang peserta ini sangat bersemangat dan fokus dalam menyempurnakan rutin persembahan pelbagai aksi akrobatik dan formasi.
Latihan intensif ini adalah sebahagian daripada persiapan akhir bagi memastikan pasukan berada pada tahap terbaik menjelang pertandingan besar esok.

Pertandingan cheerleading peringkat kebangsaan yang akan berlangsung esok menjadi medan untuk menguji kehebatan fizikal dan koordinasi, malah turut menonjolkan semangat berpasukan dan disiplin tinggi dalam kalangan peserta. Kontinjen pasukan cheerleading Negeri Kelantan diketuai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan.

#JBSNKomited #TeamJBSN #MalaysiaMadani #JBSNKelantan #MalaysiaAktif #RakanAktif

Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Media Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search