Projek Reben Kuning Bawa Harapan Baharu

KUALA KRAI, 7 Disember 2025 – Seramai 10 orang penghuni Program Reintegrasi Penghuni (PRP) Batu Jong, Kuala Krai, kini meniti lembaran baharu kehidupan setelah berjaya menamatkan Program Projek Reben Kuning Tahun 2025. Projek yang berlangsung meriah pada 6 Disember 2025 ini merupakan satu inisiatif strategik bagi memastikan bekas penghuni kembali diterima dan menyumbang kepada masyarakat.

Program yang diadakan di Kampung Chuchoh Puteri B, Kuala Krai, ini menyaksikan kolaborasi erat antara Jabatan Penjara Malaysia dan pihak industri, iaitu syarikat perkilangan getah terkemuka, Seng Hin Rubber (M) Sdn Bhd.

Kemuncak program Projek Reben Kuning ialah Majlis Penutup yang telah disempurnakan oleh YBrs Puan Nurdalila binti Mohamad Khali, Timbalan Pengarah Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Kehadiran beliau membuktikan sokongan padu kerajaan negeri terhadap usaha pembangunan modal insan dan reintegrasi sosial bekas penghuni penjara.
Dalam ucapannya, beliau memuji inisiatif kolaborasi ini dan menekankan peranan belia termasuk bekas penghuni dalam memacu ekonomi negeri. "Projek Reben Kuning ini bukan sahaja memberi peluang pekerjaan, tetapi juga membina keyakinan dan mengembalikan maruah diri peserta. Ini adalah peluang kedua yang harus direbut, dan kami di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan amat menyokong usaha murni yang memastikan tiada sesiapa pun tertinggal dalam arus pembangunan," kata Puan Nurdalila.

Kesemua 10 bekas penghuni ini kini telah dilengkapi dengan semangat baharu dan kemahiran untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Program Projek Reben Kuning Tahun 2025 ini bukan sahaja membekalkan pekerjaan, malah membina semula keyakinan diri dan harapan mereka untuk masa depan yang lebih cerah.

#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #MalaysiaAktif

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara K
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my

Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
 
 
 
 

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search