- JBS Kelantan
- Hits: 51
Boot Camp Cheerleading Berlangsung Meriah
- JBS Kelantan
- Hits: 51
Kota Bharu, 7 Disember 2025 – Seramai 26 peserta terdiri daripada kategori bawah 12 tahun dan bawah 18 tahun menyertai sesi latihan cheerleading yang diadakan di Dewan Wawasan, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, semalam. Program intensif ini dikendalikan oleh pasukan jurulatih profesional dari Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM) bertujuan memperkemaskan teknik serta meningkatkan stamina peserta menjelang kejohanan besar yang bakal mereka sertai.
Latihan ini memberi fokus kepada asas akrobatik, kekuatan fizikal, teknik formasi, serta penyelarasan rutin persembahan. Para jurulatih turut menekankan aspek disiplin, keselamatan, dan kerjasama berpasukan sebagai tunjang utama dalam sukan cheerleading yang semakin mendapat perhatian kini.
Sesi latihan ini merupakan sebahagian daripada persediaan akhir pasukan sebelum beraksi di Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 yang akan berlangsung pada 19 hingga 21 Disember 2025 di Vanity Atrium, Sunway Velocity Mall.
Turut hadir memberikan kata-kata semangat ialah YBrs. En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan) JBSNK. Beliau turut menzahirkan harapan agar semua peserta dapat membuat persembahan yang terbaik di pentas kebangsaan nanti.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNKelantan #MalaysiaMADANI #RakanMuda #RakanAktif #MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
Disediakan Oleh : Urus Setia Portal Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan
