Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 10/2025 Meriah Di Felcra Teratak Batu

PASIR PUTEH, 2 DISEMBER 2025 - Program Senaman Warga Emas Aktif Daerah Pasir Puteh Siri 10/2025 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini di Felcra Teratak Batu. Penganjuran kali kedua di lokasi tersebut berjaya menarik penyertaan seramai 59 orang warga emas, sekaligus menjadi acara penutup bagi tahun 2025.

Sesi senaman yang bermula seawal jam 8.00 pagi hingga 10.30 pagi berjalan lancar dengan cuaca cerah yang menyumbang kepada kehadiran peserta dalam jumlah yang menggalakkan. Aktiviti senaman dikendalikan oleh instruktor berpengalaman, Puan Maimon binti Mohamad, yang berjaya menghidupkan suasana ceria dan penuh semangat sepanjang program.

Turut hadir memeriahkan program ialah Encik Abdul Hakim bin Mat Daud, Pegawai FELCRA. Penganjuran ini turut mendapat sokongan penuh daripada Pusat Komuniti Desa Teratak Batu dan FELCRA Berangan Mek Nab, sekali gus memperkukuh hubungan kerjasama komuniti setempat.

Program ini diharapkan dapat menjadi platform dalam menggalakkan warga emas untuk kekal aktif, sihat dan berinteraksi sesama komuniti, selaras dengan usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat setempat.

#TeamKBS #TeamJBSN # SukanUntukSemua #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #YakinBoleh

Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia

Image

Kompleks Belia dan Sukan Panji
15200 Kota Bharu
Kelantan
Tel : 09-7661200 (Jabatan) / 09-7661300 (KOMBES)
Faks : 09-7642919

Emel: jbsnkelantan@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-kelantan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search